Friday, February 29, 2008

Berita Baik Buat ...... Rakyat Malaysia

Ringgit terus catat rekod ketinggian baru
KUALA LUMPUR 29 Feb. – Ringgit mencatat rekod ketinggian baru dalam 10 tahun apabila ia mencecah paras 3.18 berbanding dolar AS hari ini manakala pakar-pakar ekonomi meramalkan unit tempatan itu bakal memecah beberapa rekod lagi dalam minggu-minggu akan datang.

Selain dirangsang kedudukan dolar AS yang semakin merosot di tengah-tengah kebimbangan tentang penurunan kadar faedah selanjutnya di AS, kata mereka, prospek pertumbuhan bagi eksport Malaysia dalam pasaran komoditi juga akan menjadi asas yang kukuh bagi melonjakkan ringgit.

Mata wang Malaysia itu telah meningkat sebanyak 16 peratus sejak tambatannya pada 3.80 berbanding dolar AS dimansuhkan pada 21 Julai 2005.

Ia boleh meningkat selanjutnya kepada RM3.05 menjelang akhir tahun, kata pakar ekonomi OSK Investment Bhd, Sia Ket Ee, di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun wujud kebimbangan bahawa kelembapan ekonomi AS boleh menjejaskan pasaran eksport global dan kekuatan mata wang Asia, namun ringgit terus berdaya tahan, mencerminkan prospek meyakinkan dalam pasaran komoditi.

Dagangan hadapan minyak sawit mentah juga ditutup pada ketinggian baru RM4,005 setan metrik.

“Asas-asas kekal teguh untuk menyokong ringgit. Walaupun ada kemungkinan berlaku sedikit pembetulan dalam jangka sederhana, ringgit disasarkan meningkat kepada RM3.05 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun,” kata Sia.

Ringgit mencecah ketinggian baru dalam 10 tahun pada RM3.18 berbanding dolar AS dalam sesi dagangan tengah hari ini.

Pada penutupan dagangan hari ini, ringgit mengukuh kepada RM3.19 berbanding dolar AS setelah memperoleh semula momentumnya selepas kejatuhan kecil semalam.

– Bernama

Lawak Selingan....

Seorang siswazah yang baru menamatkan pengajiannya. Dia terlihat suatu iklan yang memerlukan seorang akauntan sepertinya lalu dia terus menghadiri temuduga tersebut. Penumuduganya seorang yang kelihatan begitu gelisah dan baru sahaja memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan.

Penemuduga : Saya memerlukan seseorang yang memiliki ijazah perakaunan. Dia juga sepatutnya boleh ikut berfikir untuk saya.

Siswazah : Maaf tuan, saya kurang jelas maksud tuan.

Penemuduga : Saya bimbang tentang banyak perkara tetapi saya tidak mahu dibimbangi soal kewangan. Jadi tugas kamu adalah untuk menguruskan segala hal kewangan untuk saya.

Siswazah : Oh!Begitu. Jadi berapakah gaji saya nanti?

Penemuduga : RM 80 ribu.

Siswazah : RM 80 ribu? Bagaimana syarikat tuan yang masih kecil ini mampu membayar saya sebegitu lumayan?

Penemuduga : Itulah urusan kewangan pertama yang harus kamu selesaikan

Berita Baik Buat ...... Penghidap Penyakit Moden

Rata-rata penduduk bandar didapati kurang mengamalkan senaman dalam kehidupan mereka. Akibatnya banyak penyakit"moden" telah muncul dan menyebabkan hidup tidak seceria dahulu. Penyakit seperti obesiti, sakit jantung, kanser usus dan lain-lainmerupakan antara penyakit yang tidak sedap didengar apatah lagi dialami sendiri oleh penghidapnya.
Tidak mengapa, ada alternatif untuk masalah ini. Kajian mendapati buah naga terutama yang berwarna merah mengandungi banyak khasiat yang baik untuk kesihatan badan seperti zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 untuk mengawal suhu badan, vitamin B2 untuk menambah selera, vitamin B3 untuk menurunkankadar kolestrol dan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.
Selain itu buah naga juga mengandungi antioksidan yang membantu kesihatan sel-sel badan. Buah naga juga boleh membantu penghadaman dan meningkatkan daya tahan untuk penyakit. Apa lagi, sekiranya anda memilih untuk sihat pilihlah buah naga sebagai santapan utama seharian anda.

Monday, February 18, 2008

Berita Baik Buat .... Pelajar Miskin MRSM

PARIT, 18 Feb 2008(Bernama) -- Pelajar daripada keluarga miskin yang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan ditanggung sepenuhnya kos persekolahan mereka oleh kerajaan mulai tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata bantuan itu akan disalurkan melalui Program Bantuan Khas (PBK) yang dimulakan tahun ini bagi membantu pelajar keluarga miskin yang mempunyai pendapatan sekeluarga di bawah garis kemiskinan iaitu RM650 sebulan.

"Kerajaan mengambil kira piawaian garis kemiskinan. Mereka yang berada di bawah paras kemiskinan maka semua perbelanjaan kemasukan dan kehadiran mereka di MRSM akan ditanggung oleh kerajaan.

"Ini adalah selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan dan sebab itulah kerajaan mengecualikan bayaran persekolahan, yuran peperiksaan, pemberian pinjaman buku teks. Jadi ini (PBK) selaras dengan prinsip tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah MRSM Parit di sini.

Beliau berkata menerusi PBK mana-mana pelajar miskin yang diterima masuk ke MRSM akan diberikan bantuan khas seperti bayaran asrama, pakaian seragam dan lain-lain keperluan persekolahan di samping tanggungan sedia ada kerajaan sebanyak RM2,700 setahun.

Hadir sama ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan isteri Datin Seri Kamariah Mokri dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Nam Marthinin.

Najib berkata Mara akan mengenal pasti pelajar berkenaan kerana setakat ini MRSM mempunyai 31,000 pelajar di seluruh negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata pembinaan MRSM di seluruh negara mencerminkan pembangunan sistem pendidikan negara dan ia adalah satu kejayaan yang amat dibanggakan.

Beliau berkata kerajaan tidak akan berhenti dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara daripada pendidikan prasekolah hingga universiti kerana hanya pendidikan boleh mengubah kedudukan dan taraf sosio-ekonomi daripada keluarga miskin kepada orang yang berjaya.

"Dalam era globalisasi dan liberalisasi hanya dua jenis manusia yang boleh berjaya menangani semua bentuk cabaran baru iaitu orang yang mempunyai pendidikan berkualiti dan nilai-nilai yang baik serta orang yang mampu berdaya saing," katanya.

Katanya ilmu pengetahuan dan sistem pendidikan yang berkualiti boleh membawa perubahan besar dalam negara untuk menuju ke arah kemajuan dan pembangunan.

Beliau berkata melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)sebanyak 14 buah Sekolah Berasrama Penuh sedang dibangunkan di seluruh negara dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata MRSM Parit yang mula dibina di atas kawasan seluar 21.6 hektar itu dijangka siap pada Februari 2010 dan berkapasiti menampung 1,050 pelajar.

"MRSM ini merupakan MRSM kelapan di Perak iaitu negeri yang paling banyak mempunyai MRSM di negara ini. Mara ketika ini mempunyai 37 MRSM di seluruh negara," katanya.

Beliau juga berkata MRSM kini menjadi institusi pendidikan popular untuk pelajar cemerlang dan ia terbukti apabila sebanyak 40,000 permohonan diterima untuk memasuki tingkatan satu dan empat pada tahun ini berbanding 36,999 permohonan tahun lepas.

Daripada jumlah itu hanya 11,765 calon sahaja yang diterima memandangkan kekurangan tempat di MRSM sedia ada, katanya.

Beliau berkata Mara sedang menambah pusat MRSM di seluruh negara bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar cemerlang.

Monday, February 11, 2008

Dompet hilang ...bagaimana?

Sebagai panduan untuk mereka yang berisiko kehilangan dompet, berikut merupakan kos untuk mengadakan kembali isi dompet anda...

1)MyCard - kos untuk mengganti MyCard yang hilang atau rosak adalah RM110. Namun sekiranya dompet anda diragut atau dirompak, anda boleh merayu kepada pihak penguasa untuk dikecualikan denda.

2) Kad bank - RM8 setiap satu bergantung kepada bank masing- masing
3) Lesen Memandu - RM20-RM25 setiap satu
4) Dompet - bergantung kepada citarasa

JUMLAH : anggaran RM200. Jadi kepada mereka yang berisiko, beringatlah sebelum kena...

Berita Baik Buat ..... Anak-anakk FELDA

Felda memperuntukkan sebanyak RM16 juta untuk membiayai skim latihan kemahiran kepada kira-kira 27,000 anak peneroka di seluruh negara.Tambahan peruntukan itu akan membolehkan kira-kira 7,000 lagi anak peneroka di seluruh negara mendapat latihan dalam pelbagai bidang.Sebanyak 53 pusat latihan di seluruh negara telah diiktiraf Felda untuk menjalankan kursus dalam pelbagai bidang seperti elektrik, jahitan, komputer dan lain-lain selama enam bulan secara percuma.Skim latihan yang ditawarkan kepada anak peneroka Felda turut membabitkan bidang kejuruteraan kapal terbang serta komunikasi teknologi dan maklumat untuk bersaing di pasaran glokal.

Strategi program latihan ini bukan sahaja untuk melahirkan generasi baru belia Felda produktif, tetapi juga bagi menangani masalah sosial yang membabitkan golongan berkenaan.Mana-mana pelatih yang menunjukkan komitmen tinggi dan cemerlang dalam pengajian mereka akan ditawarkan pula ke tahap kedua dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh Felda.

Saturday, February 9, 2008

Berita Baik Buat ......... Warga Emas dan OKU

Warga emas dan OKU kini boleh tersenyum riang. Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan anak syarikatnya RapidPenang Sdn Bhd akan mengambil langkah membela golongan tersebut.Warga emas dan OKU akan menerima 50% diskaun apabila menggunakan perkhidmatan bas RapidKL dan RapidPenang bermula Isnin, 11 Februari 2008.Dengan ini mereka tidak lagi perlu melalui proses mengisi borang berasingan untuk mendapat kemudahan kad diskaun.Bagaimanapun mereka perlu memiliki kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)untuk menikmati keistimewaan ini.
Langkah ini tentu sahaja akan membantu kira-kira 10,400 pengguna RapidPenang di negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada golongan OKU dan warga emas. Tahniah kepada mereka yang terbela dan mereka yang membela...

Friday, February 8, 2008

Selingan ..... Lawak

1) Seorang wanita terjumpa seorang lelaki tua yang kelihatan begitu riang di kerusi malasnya. Lantas wanita itu bertanya
Wanita : Saya lihat anda begitu gembira sekali. Apakah rahsia anda untuk hidup
panjang dan bahagia?
Lelaki tua : Saya merokok 3 pek rokok sehari, minum berbotol minuman keras seminggu
dan makan makanan yang begitu kaya dengan lemak
Wanita : Ajaib sekali. Berapakah umur pakcik?
Lelaki tua : 26 tahun
Wanita : ??????

2) Seorang defendan telah disaman dengan jumlah gantirugi yang begitu banyak. Dia merungut kepada peguamnya tentang dirinya yang mungkin akan bankrap. "Kita tunggu keputusan hakim nanti," peguam cuba menenagkan.
"Adakah menghantar sekotak cerut kepadanya dapat membantu?" tanya si defendan."Jangan, hakim ini seorang yang amanah. Anda mungkin akan dihukum kerana tuduhan rasuah. Usahkan begitu, anda juga tidak digalakkan untuk senyum dengan tuan hakim."kata peguam
Pada akhir perbicaraan, keputusan memihak kepada defendan. Defendan berterima kasih kepada peguam kerana tipnya menjadi. " Bukankah saya melarang anda menghantar cerut kepadanya?""Ya, tetapi saya menghantarnya dengan kad nama plaintif"

Berita Baik Buat .......Mereka Yang Berkaca mata

Kini anda tidak perlu lagi risau mengenai kos menukar kaca mata dan lensa yang menelan beratus-ratus ringgit. Kaedah terkini mampu menukar hidup anda.

KAEDAH 1:
Pembedahan laser (LASIK)ke atas mata yang bermasalah. Ia mampu memulihkan mata dalam masa beberapa hari sahaja. Tidak ada kesan sampingan yang signifikan hanya poket anda mungkin terasa kempis buat beberapa bulan. Namun, anda tentu dapat tersenyum panjang selepas tempoh berkabung tersebut. Kaedah ini berbaloi berbanding dengan jumlah yang telah anda laburkan untuk menukar cermin mata.

KAEDAH 2:
Melalui kaedah pemulihan secara semulajadi. Akan tetapi mata tidak akan pulih secara semulajadi tanpa ada usaha untuk memulihkannya. Usaha yang diperlukan di sini adalah senaman mata secara berjadual dan berterusan. Seperti otot seorang atlet yang memerlukan latihan berterusan untuk mengekalkan stamina atau seorang ahli bina badan yang perlu terus mengangkat berat untuk mengelakkannya daripada terus "SIHAT" begitu juga dengan mata manusia. Usaha ini telah dipelopori sejak berpuluh tahun dahulu dan banyak buku-buku ataupun ebook mengenainya telah diterbitkan.

KAEDAH 3:
Kebelakangan ini sudah terdapat banyak ubat titik tradisional yang sudah dijual di pasar-pasar minggu dan iklan surat khabar. Dengan pelbagai jenama dan harga semurah RM10, kaedah ini masih merupakan kaedah yang mungkin berisiko kerana masih melibatkan sentuhan langsung ubat titik tersebut dengan mata. Dengan campuran yang pelbagai seperti silikon dan gelenggang gajah dan air zam zam, tidak diketahui setakat manakah kaedah ini telah berkesan dan sudahkah ia diuji secara saintifik di makmal.

KESIMPULAN
Penggunaan cermin mata bukanlah ubat melainkan penawar bersifat sementara yang boleh memudaratkan lagi keadaan mata.

Berita Baik Buat ...... Mereka Yang Mahu Tinggi


Ketinggian merupakan sesuatu yang penting kepada mereka yang masih rendah tetapi tidak perlu bagi yang sudah terlampau tinggi. Faktor ini menyumbang kepada pemilihan dalam pemilihan calon temuduga kerana lebih banyak ruang yang mampu dicapai oleh mereka seperti menyapu sawang, meletak buku di atas para dan membersihkan kipas selain daripada faktor-faktor lain. Untuk memenuhi impian anda terdapat beberapa kaedah yang boleh digunapakai. Antaranya:

1)Bermain permainan yang memerlukan ketinggian atau lompatan seperti bola jaring dan bola keranjang,maka permainan lompat getah atau ting ting juga boleh digunapakai dalam kes ini. Teknik ini menggalakkan pemanjangan tulang kerana selalu melawan graviti. Selain itu, menggantung kaki ke atas kepala ke bawah selama beberapa jam sehari juga boleh diamalkan untuk menggalakkan regangan kaki. Aktiviti hyperaktif seperti berenang dan menunggang basikal mampu merangsang ketinggian.

2) Sesetengah doktor akan melakukan pembedahan untuk mengerat tulang kaki pelanggan dan memanjangkan tulang tersebut dengan meletak besi di tengah-tengah. Tulang baru akan tumbuh meliputi ruang yang kosong selepas beberapa lama. Prosedur ini menuntut kesabaran dan pengorbanan sang pelanggan tetapi kalau anda benar-benar mahu, tidak sepatutnya ini menjadi penghalang.

3) Makan makanan yang kaya dengan kalsium, vitamin D dan vitamin A.Amalkan untuk kesan yang ketara. Vitamin lain, protein dan fiber juga penting untuk merangsang pertumbuhan. Pakar endokrinologi juga boleh membantu dengan memeriksa tahap hormon anda. Kekurangan mineral arginine boleh mengundang kepada 50 penyakit seperti pertumbuhan fizikal yang tidak sihat, diabetes,alergi, hyotiroid dan lain-lain.Bincang dengan pakar anda sekiranya dapat memberikan ubat yang menggalakkan pertumbuhan.

4) Kelenjar pituitari merupakan pusat pengeluaran hormon ketinggian. Dengan menstimulasi kelenjar ini, semakin banyak hormon yang akan terhasil. Ini akan menggalakan pertumbuhan tulang rawan dan tulang kaki. Terdapat banyak cara untuk menstimulasi keleja pituitari. Pusat akupuntur dan refleksologi boleh membantu menekan titik tertentu pada kaki atau tangan untuk merangsang kelenjar pituitari.Terdapat juga mesin yang berupaya untuk melakukan tugas yang sama. Kekerapan aktiviti ini menggalakkan badan semakin tinggi.

5) Minda berkait rapat dengan kesihatan fizikal dan saling bergantung antara keduanya. Kajian telah membuktikan bahawa untuk lebih berjaya mengubah diri, perubahan haruslah bermula dengan minda sedar dan luar sedar. Ramai juga yang berupaya sembuh daripada pelbagai penyakit kronik dengan kaedah menenangkan diri dan visualisasi. Untuk mula meninggikan tubuh badan, sesi hipnosis harus dijalani secara berulang-ulang untuk membuahkan kejayaan.