Friday, February 8, 2008

Berita Baik Buat .......Mereka Yang Berkaca mata

Kini anda tidak perlu lagi risau mengenai kos menukar kaca mata dan lensa yang menelan beratus-ratus ringgit. Kaedah terkini mampu menukar hidup anda.

KAEDAH 1:
Pembedahan laser (LASIK)ke atas mata yang bermasalah. Ia mampu memulihkan mata dalam masa beberapa hari sahaja. Tidak ada kesan sampingan yang signifikan hanya poket anda mungkin terasa kempis buat beberapa bulan. Namun, anda tentu dapat tersenyum panjang selepas tempoh berkabung tersebut. Kaedah ini berbaloi berbanding dengan jumlah yang telah anda laburkan untuk menukar cermin mata.

KAEDAH 2:
Melalui kaedah pemulihan secara semulajadi. Akan tetapi mata tidak akan pulih secara semulajadi tanpa ada usaha untuk memulihkannya. Usaha yang diperlukan di sini adalah senaman mata secara berjadual dan berterusan. Seperti otot seorang atlet yang memerlukan latihan berterusan untuk mengekalkan stamina atau seorang ahli bina badan yang perlu terus mengangkat berat untuk mengelakkannya daripada terus "SIHAT" begitu juga dengan mata manusia. Usaha ini telah dipelopori sejak berpuluh tahun dahulu dan banyak buku-buku ataupun ebook mengenainya telah diterbitkan.

KAEDAH 3:
Kebelakangan ini sudah terdapat banyak ubat titik tradisional yang sudah dijual di pasar-pasar minggu dan iklan surat khabar. Dengan pelbagai jenama dan harga semurah RM10, kaedah ini masih merupakan kaedah yang mungkin berisiko kerana masih melibatkan sentuhan langsung ubat titik tersebut dengan mata. Dengan campuran yang pelbagai seperti silikon dan gelenggang gajah dan air zam zam, tidak diketahui setakat manakah kaedah ini telah berkesan dan sudahkah ia diuji secara saintifik di makmal.

KESIMPULAN
Penggunaan cermin mata bukanlah ubat melainkan penawar bersifat sementara yang boleh memudaratkan lagi keadaan mata.

No comments: