Sunday, March 2, 2008

Berita Baik Buat......Penanam Tembakau

BACHOK 2 Mac — Kerajaan hari ini memberi jaminan akan terus mengekalkan kadar harga tembakau sebanyak RM13.80 sekilogram sehingga 2012 sebagai satu usaha pembelaan terhadap lebih 12,000 penanam tembakau di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata janji itu bukan “gula-gula pilihan raya” sebaliknya hasrat kerajaan yang didokong Barisan Nasional (BN) untuk membantu semua pihak termasuk penanam tembakau agar kehidupan mereka terus terbela.

"Kerajaan sedar sehingga kini belum ada lagi tanaman alternatif selumayan tembakau yang memberi pendapatan agak lumayan kepada penanam tembakau di seluruh negara ini.

"Sebab itu kita beri jaminan di sini, harga tembakau kini iaitu antara kadar tertinggi RM13.80 ini akan terus kekal sehingga 2012,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Bantuan Peralihan Penanam Tembakau (BPPT) di Syarikat Tembakau Tok Ayah Aur Baru, Kampung Aur, Telong di sini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Bachok dan kerusi Dewan Undangan Negeri Perupok.

Lebih 10,000 penanam dan pengawet tembakau seluruh Kelantan hadir pada majlis itu. — BERNAMA.

No comments: